Monday, November 18, 2013

Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura PSB 2013

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Badan Kebajikan Dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL) 2013/2015 bercadang untuk mengadakan Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura sebagai meneruskan tradisi yang sekian lama diamalkan.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh:            21 November 2013 (Khamis)
Masa:              8.15 pagi
Tempat:          Loading Bay, Paras 1 Bangunan Lama PSB
Pakaian:         Bersesuaian


Sehubungan dengan itu, besar harapan kami agar rakan-rakan ahli BAKAL yang berkelapangan sudi untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini. Pohon jasa baik dari Ketua-Ketua Jabatan/ Bahagian untuk memberi sedikit kelonggaran untuk staf datang membantu pada hari berkenaan.

Tuesday, September 3, 2013

Gambar Sambutan Hari Kemerdekaan Ke- 56











Tanggal 31 Ogos setiap tahun, pastinya menjadi sebutan setiap rakyat kerana pada tarikh itulah secara rasminya negara ini bebas daripada penjajah. UUM juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, dan kami staf2 perpustakaan seperti biasa, dibawah Brand Nada Sutera dipimpin oleh Encik Majid turut mengadakan persembahan koir. 4 lagu dinyanyikan iaitu, NegaraKu, Biru Warna (UUM), Jalur Gemilang dan Bahtera Merdeka.

Namun berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia hari ini yang benar-benar menantikan tarikh keramat itu.

Perbuatan segelintir rakyat yang tidak menghormati Jalur Gemilang menunjukkan semangat patriotisme di kalangan mereka kini semakin luntur.

Dalam perkembangan yang sama, turut diadakan Forum Kemerdekaan ‘Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpah Darahku’ melalui panel forum Datuk Seri Amar DiRaja Tan Sri Datuk Seri Dr Osman Arof, Bekas Menteri Besar ke-6, Tan Sri Zainuddin Maidin, Bekas Menteri Penerangan Malaysia dan Tuan Haji Ibrahim Ali, Tokoh Sejarawan Tempatan dikendalikan oleh moderator Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pelancaran Tabung Derma Rayuan Hari Pahlawan.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Abdul Razak Saleh dan Pengarah Canselori, Baharudin Yaacob.

Wednesday, August 28, 2013

Eksplorasi Gunung Jerai: Jejak Alam



Kepada semua peserta Explorasi Gunung Jerai yang dijadualkan pada 29 Ogos ini, berikut dilampirkan butiran dan beberapa perkara untuk diambil tindakan :
BUTIRAN TERPERINCI TENTATIF PROGRAM
29 Ogos 2013 : Khamis
07.30 pagi                                       : Berkumpul di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah
08.00 pagi                                       : Bertolak ke Gunung Jerai menaiki bas
09.30 pagi                                       : Dijangka sampai di kaki Gunung Jerai
09.35 pagi                                       : Menaiki van sewa ke puncak Gunung Jerai
10:00 pagi                                       : Jangkaan tiba di puncak Gunung Jerai
10.15 pagi                                       : Taklimat ringkas mengenai aspek keselamatan
10.20 pagi                                       : Start Point 1: Tazkirah Ringkas (Mengucap Dua Kalimah Syahadah) oleh Ustaz Nizho Abdul Rahman
10.30 pagi                                       : Mula menuruni Gunung Jerai menggunakan laluan pendakian
11.05 pagi                                       : Check Point 2: Tazkirah Ringkas (Solat 5 Waktu Sehari Semalam) oleh Ustaz Nizho Abdul Rahman
11.40 pagi                                       : Check Point 3: Tazkirah Ringkas (Berpuasa Di Bulan Ramadhan)  oleh Ustaz Nizho Abdul Rahman
12.15 tengahari                                : Check Point 4: Tazkirah Ringkas (Membayar Zakat) oleh Ustaz Nizho Abdul Rahman
02.00 petang                                   : Jangkaan tiba di kawasan rehat Tangga Seribu
02.10 petang                                   : Last Point: Tazkirah Ringkas (Mengerjakan Haji) oleh Ustaz Nizho Abdul Rahman
02.20 petang                                   : Makan tengahari / solat Zohor berjemaah (mengikut kesesuaian)
03.30 petang                                   : Bertolak pulang ke UUM
05.00 petang                                   : Dijangka tiba di UUM dan bersurai 

SEDIKIT PESANAN :

1.     Dimaklumkan bas akan berhenti di 2 tempat iaitu :

·         Tol Jitra
·         Tol Hutan Kampung

-       Kepada peserta yang ini manaikai bas di kedua-dua lokasi tersebut, diminta kerjasama untuk memberikan nama kepada En Ajmal selewat-lewatnya tengah hari Selasa semasa jamuan raya PSB.

2.     Bawa payung ( untuk tujuan ‘support’ ketika berjalan )
3.     Pakai kasut bersesuaian (tapak licin seperti futsal tidak dibenarkan)
4.     Sila isi tugas rasmi dalam portal


Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa peserta Eksplorasi Gunung Jerai: Jejak Alam yang akan menaiki bas di dua (2) buah stesen diminta berada di sana pada waktu berikut:

1)    Hentian Tol Jitra (Tol RM1.60)     : 8.15 pagi
2)    Hentian Tol Hutan Kampung        : 8.30 pagi

Mohon semua peserta mengisi Tugas Rasmi di dalam portal selewat-lewatnya sebelum pukul 5 petang ini.

Terima kasihSekian, terima kasih.

Sunday, July 28, 2013

Ceramah Ramadhan Siri 4


28 JULAI 2013
19 RAMADHAN 1434H

UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Dan Amal Kakitangan PSB ( BAKAL ) akan menganjurkan satu ceramah bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini. Maklumat terperinci mengenai ceramah tersebut boleh dilihat pada lampiran yang disertakan di bawah. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyerikan lagi majlis ilmu tersebut.



Saturday, July 20, 2013

Ceramah Ramadhan- Siri 3

21 JULAI 2013
12 RAMADHAN 1434H

UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Assalamualaikum w.b.t


Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Dan Amal Kakitangan PSB ( BAKAL ) akan menganjurkan satu ceramah bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini. Maklumat terperinci mengenai ceramah tersebut boleh dilihat pada lampiran yang disertakan di bawah. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyerikan lagi majlis ilmu tersebut. 


Monday, July 15, 2013

Ceramah Ramadhan-Siri 2



16 JULAI 2013
07 RAMADHAN 1434H

UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Assalamualaikum w.b.t


Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Dan Amal Kakitangan PSB ( BAKAL ) akan menganjurkan satu ceramah bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini. Maklumat terperinci mengenai ceramah tersebut boleh dilihat pada lampiran yang disertakan di bawah. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyerikan lagi majlis ilmu tersebut.