Tuesday, September 3, 2013

Gambar Sambutan Hari Kemerdekaan Ke- 56











Tanggal 31 Ogos setiap tahun, pastinya menjadi sebutan setiap rakyat kerana pada tarikh itulah secara rasminya negara ini bebas daripada penjajah. UUM juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, dan kami staf2 perpustakaan seperti biasa, dibawah Brand Nada Sutera dipimpin oleh Encik Majid turut mengadakan persembahan koir. 4 lagu dinyanyikan iaitu, NegaraKu, Biru Warna (UUM), Jalur Gemilang dan Bahtera Merdeka.

Namun berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia hari ini yang benar-benar menantikan tarikh keramat itu.

Perbuatan segelintir rakyat yang tidak menghormati Jalur Gemilang menunjukkan semangat patriotisme di kalangan mereka kini semakin luntur.

Dalam perkembangan yang sama, turut diadakan Forum Kemerdekaan ‘Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpah Darahku’ melalui panel forum Datuk Seri Amar DiRaja Tan Sri Datuk Seri Dr Osman Arof, Bekas Menteri Besar ke-6, Tan Sri Zainuddin Maidin, Bekas Menteri Penerangan Malaysia dan Tuan Haji Ibrahim Ali, Tokoh Sejarawan Tempatan dikendalikan oleh moderator Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pelancaran Tabung Derma Rayuan Hari Pahlawan.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Abdul Razak Saleh dan Pengarah Canselori, Baharudin Yaacob.

No comments:

Post a Comment